29 June 2010

Coretan Peristiwa Sepanjang Ayah Di Hospital

Berikut beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang seminggu ayah di hospital:

Hari Pertama - 24.6.2010

Ayah berada di Unit Kecemasan dari pukul 2.30 pagi sehingga 6 pagi. Kebetulan ada seorang bapa berlari dari tempat parking sambil dukung anak yang diserang sawan. Sampai di kaunter, nurse cakap pergi daftar dulu, baru boleh masuk. Agaknya kalau orang tengah nazak, dah selamat dulu sementara tunggu masa nak jumpa doktor.

Masa mula-mula daftar ayah masuk wad (kelas 3), nurse pesan kat hubby pagi nanti bawa GL (guarantee letter). Dengan GL tu, ayah dapat masuk wad kelas 1 sebab hubby pegawai sektor awam. So dalam kul 10 pagi hubby serah GL kepada nurse di wad tersebut. Nurse tu ambil GL then terus letak dalam fail ayah.

Masa nak masukkan ubat melalui tiub, seorang nurse cakap nak buang 1 tiub yang dipasang pada ayah. Tak lawa katanya banyak2 sangat tiub. Tercengang saya. Tiub tu ikut suka je ke nak pasang ke tak????


Hari Kedua - 25.6.2010

Nurse bagitau GL tu kena serah kat kaunter pendaftaran. So kami bawa GL tu ke kaunter pendaftaran, nurse kat situ bagitau kalau ada kekosongan kat wad kelas 1 ayah akan dipindahkan ke wad kelas 1.


Hari Ketiga - 26.6.2010

Saya tanya nurse bila ayah dapat pindah ke wad kelas 1. Tanpa bertanya ayah di katil mana, nurse tu jawab tak boleh pindah lagi sebab masih dalam pemantauan. Kalau doktor benarkan untuk pindah wad, baru boleh masuk wad kelas 1.

Secara tak sengaja, tiub yang dipasang pada hidung tercabut. Saya bergegas bagitau nurse, tanpa bertanya patient yang mana satu, nurse cuma jawab biar je dulu. Lagi sekali saya tercengang. Macam tiub tu tak penting pun.


Hari Keempat - 27.6.2010

Sekali lagi saya tanya nurse (nurse lain pulak) bila ayah boleh tukar wad. Sekali lagi tanpa bertanya ayah di katil mana, nurse tu jawab tak boleh pindah lagi sebab belum stabil. Nurse wad kelas 1 taknak terima patient yang ada banyak2 tiub, depa cuma terima patient yang ok je. Kali ni saya betul2 tercengang. Ingatkan wad kelas 1 tu untuk keselesaan patient, rupanya untuk nurse yang nak kerja kelas 1, tak perlu layan patient yang teruk2.

Disebabkan tersilap tekan, mesin yang salurkan pain killer tak berfungsi. Bila dimaklumkan kepada nurse, dengan selambanya nurse jawab 'kami tak boleh buat apa2'. Rasa tak puas hati, kami panggil nurse lain. Nurse tu betulkan mesin tu dan jawab 'ooo, nurse tadi ingatkan patient yang sebelah tu'.

Seorang doktor muda bagitau ayah kena buat x-ray, then baru boleh decide ayah boleh start makan dan minum atau tidak. Selang beberapa jam kemudian, doktor pakar marah doktor tersebut kerana bagi arahan untuk x-ray. So x-ray tak jadi buat dan ayah dibenarkan minum.

Pada malamnya, tiba2 ayah dipindahkan ke katil lain di wad yang sama. Nasib kurang baik, ayah ditempatkan bersebelahan dengan patient yang melalak sepanjang malam. Sampai pagi ayah dan kakak yang meneman tak dapat lelapkan mata.

Hari Kelima - 28.6.2010

Beberapa tiub dah ditanggalkan. Ayah dah dibenarkan makan bubur setelah langsung tidak dibenarkan makan dan minum sejak masuk hospital.

Hari Keenam - 29.6.2010

Pada awal2 pagi, nurse tanggalkan tiub pada tangan kiri ayah. Darah terpercik dengan banyaknya. Pada waktu tengahari pulak, seorang doktor nak tanggalkan tiub pada lengan kanan ayah, tiub yang dimasukkan ke dalam lengan terus ke jantung. Sebaik je doktor nak tarik tiub tu, datang doktor lain tanya kenapa nak buang tiub tu. Selepas bertekak dan tengok balik fail ayah, baru tiub tu dikeluarkan sepenuhnya.

Waktu tengahari tu jugak, pihak nurse dan doktor bersukaria makan dan minum di sudut wad berkenaan, jamuan sempena perpisahan beberapa orang nurse.

Saya taknak komen ape2, you all ada nak komen tak?

Ayah Dah Makin Pulih

Alhamdulillah, hari ni keadaan ayah dah makin pulih. Harap2 dapat cepat keluar hospital.....

24 June 2010

Semoga Ayah Cepat Sembuh.....

Semalam hari yang agak memenatkan dan mendebarkan untuk kami sekeluarga. Ayah mertua tiba2 mengadu sakit perut yang amat sangat. Pukul 2 pagi suami dan abang ipar bawa ayah ke hospital. Pemeriksaan awal, doktor bagitau kemungkinan usus ayah pecah. Kecut perut kami sekeluarga mendengarnya.....

Menjelang tengahari, keadaan ayah masih tak berubah cuma sakitnya dah kurang sebab doktor bagi pain killer. Hasil pemeriksaan lanjut, doktor cakap mungkin usus tersumbat. Petangnya doktor bagitau takde cara lain, terpaksa operate untuk tau masalah sebenarnya. Saya yang sebelum tu stay di hospital sejak tengahari untuk jaga ayah, ikut hubby pulang pada petangnya. Manakala mak dan adik beradik lain pulak menunggu di hospital sebab doktor cakap kena operate hari tu jugak.

On the way balik rumah, aliya tak berhenti batuk2 dan berkali2 muntah. Memang dah seminggu dia batuk2, cuma tak teruk sangat. Lepas maghrib hubby ajak gi klinik. Doktor cakap tongsil aliya bengkak sikit. Doktor pesan bagi makan aiskrim banyak2. Saya terkejut, biasanya kalau batuk kita tak bagi anak2 makan yang sejuk2. Doktor cakap aiskrim boleh kurangkan bengkak tu. Ooooo ye ke...ilmu baru nih..

Balik dari klinik, dalam pukul 10 lebih hubby ke hospital lagi sebab ayah dah dalam bilik pembedahan. Kesian hubby, sampai terlelap2 masa drive sebab dah dkt 40 jam tak tidur, terpaksa ulang alik berkali2 dari rumah ke hospital.

Dalam kul 3.30 pagi, hubby sampai kat rumah dengan mak dan beberapa adik2 beradik. Ayah dah selamat dibedah. Alhamdulillah.....terima kasih ya Allah.... Doktor cakap bukan usus tersumbat, cuma bengkak sikit dan ada sikit apendiks. Lepas 3 hari baru leh buka balutan luka, dan dalam masa 3 hari langsung takleh makan dan minum.

Hari ni jumaat. Nasib baik Ahad ni diisytiharkan cuti umum di Terengganu. So boleh la kami semua bergilir-gilir jaga ayah. Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Penyembuh.... Semoga ayah cepat sembuh..... Amin....

22 June 2010

Idea Bisnes Yang Meletup

Dah beberapa bulan saya cuba cari idea apa kerja di rumah yang sesuai dengan saya. Dah cuba merayau dalam internet, dah tengok macam2 bisnes online, dah buat analisis diri sendiri.....tapi saya masih tak jumpa idea bisnes yang sesuai.

You all ada ape2 cadangan tak? Mungkin sape2 yang kenal saya, yang nampak bakat saya yang saya sendiri tak sedar ke.....cadangan dari teman2 sangat2 dihargai....

21 June 2010

Yang Isteri Nak Tapi Payah Nak Dapat

Antara suami dan isteri biasanya banyak percanggahan, sebab lumrahnya lelaki dan wanita memang berbeza. Kat bawah ni perkara yang kebanyakan isteri harapkan daripada suami tapi payah sekali nak dapat, walau pun tak perlu keluar duit.

1. Ingatan pada hari istimewa. Biasanya isteri tak harapkan hadiah, cukup sekadar ucapan ikhlas dari suami pada hari-hari istimewa seperti hari lahir, ulangtahun perkahwinan dan hari ibu. Kalau suami anda dari golongan yang tak suka ambik tau pasal tarikh2 istimewa ni, jangan la pulak jadikan ia isu hingga bermasam muka. Cuba fikir secara positif, suami tak anggap hari2 tersebut sebagai istimewa sebab bagi beliau setiap hari adalah istimewa dan anda di hati beliau setiap hari, bukan hanya pada hari istimewa.

2. Surprise. Ramai wanita sukakan surprise, especially dari insan tersayang. Tak semestinya yang berharga mahal, kejutan kecil dah cukup buat hati wanita bahagia. Tapi jarang sekali lelaki terutamanya yang bergelar suami rajin nak memikirkan surprise untuk wanita kesayangan mereka. Kalau anda nak sangat suami buat surprise untuk anda, rajin2 lah anda dulu buat surprise untuk suami. Mudah-mudahan suami akan terlintas untuk buat surprise untuk anda pulak. Asal jangan surprise yang melukakan hati dah le.....itu lain pulak ceritanya nanti.

3. Bantuan dalam urusan rumahtangga. Tak dinafikan sekarang dah ramai suami yang ringan tulang tolong isteri uruskan rumah, maklum sekarang ramai isteri yang bekerjaya. Tapi kalau suami anda kurang rajin nak tolong anda kat rumah, cukup lah suami faham beliau tak boleh expect rumah tersusun rapi sepertimana sama macam masa anda bergelar suri rumah sepenuh masa.

4. Pendengar yang empati. Selalunya suami dah anggap dirinya seorang pendengar yang baik, iaitu mendengar percakapan isterinya tanpa sedikit pun menyampuk. Tapi lain pulak anggapan isteri....bila suami diam tak bersuara, dirasakan suami sengaja memekakkan telinga. Sebab tu ada orang kata, lelaki mendengar dengan telinga, tetapi wanita mendengar dengan telinga, mulut dan mata. Maknanya bila bercakap, isteri nak suami mengiakan katanya dan memandang wajahnya.

5. Pujian. Bukanlah isteri harapkan pujian melambung dari suami. Kalau masakan isteri kena dengan selera suami, cukuplah suami cakap 'berselera pulak makan hari ni'. Tapi kalau dah memang suami tu tak suka memuji, anggaplah respon positif dari suami tu sebagai pujian dalam diam. Kalau dah suami makan sampai 3 pinggan, maknanya sedap la masakan awak tu.....

6. Sokongan / kata2 semangat. Bila berdepan dengan masalah atau sedang mengusahakan sesuatu yang sukar, isteri sangat berharap suami akan beri sokongan moral dan kata-kata semangat. Tapi lumrahnya lelaki kurang bercakap berbanding wanita, ramai yang lebih suka beri sokongan dalam diam. Mungkin isteri boleh hantarkan sms kepada suami, nyatakan apa bentuk kejayaan yang diharapkan dalam situasi tersebut, dan selalunya suami lebih terbuka untuk luahkan kata2 melalui sms daripada bercakap secara terbuka.

Tinggal Bersama Mertua : Yang OK dan Tak OK

Pejam celik pejam celik, dah 6 bulan saya dan family tinggal bersama keluarga mertua, termasuk 3 orang ipar. Bila di fikir2, ada OK dan tak OK nya tinggal dengan mertua dan ipar duai nih. Yang saya dapat senaraikan:

Yang Tak OK
1. Tak bebas. Hanya dalam bilik tidur sendiri boleh buat sesuka hati. Keluar dari bilik, semua benda kena susun ikut aturannya, tingkah laku kena jaga, nak bercakap kena pandang kiri kanan. Maklum la, kalau tersilap cakap alamatnya gaduh adik beradik.

2. Kurang privacy. Jarang ada peluang untuk bermesra dan bercakap dengan hubby secara terbuka. Selalunya saya dan hubby ambil peluang berbincang hal2 yang sensitif dalam kereta bila keluar ke pejabat atau jalan2 bersama anak2.

3. Pelbagai corak didikan anak2. Kadang2 lain yang kita ajar kat anak2, lain pulak yang diajar oleh pakcik makciknya. Satu hal pulak kita nak jelaskan kat anak2 supaya diaorang tak keliru.

4. Tak boleh nak lepas geram sesuka hati. Kalau ada yang tak kena dengan hubby atau tak tahan dengan ragam anak2, paras kemarahan tu kena kawal. Nanti tak pasal2 kena cop sebagai menantu panas baran. hehe....

5. Cabaran untuk jaga aurat. Bila tinggal sebumbung dengan ipar lelaki, keluar dari bilik memang nak kena selalu bertudung, baju pulak mesti yang lengan panjang dan yang pastinya tak jarang. Tapi ada jugak bagusnya, aliya yang baru 3 tahun tu pun sekarang dah rajin pakai tudung dalam rumah.

6. Dan yang paling payah, nak jaga hubungan baik dengan mertua dan ipar duai. Sebagai menantu yang secara tersiratnya adalah 'orang luar' dalam rumah tu, kita lah yang kena banyak beralah. Tahap kesabaran kena tinggi.....kalau tak, memang boleh jadi perang dunia jawabnya.

Sesekali bila badai melanda, memang rasa tak sabar2 nak duduk rumah sendiri. Tapi bila dikaji balik, banyak jugak kebaikannya. Antaranya:

Yang OK
1. Nak pergi kerja tak perlu susah2 pikir nak hantar dan jemput anak2 dari sekolah. Ini pun kebetulan ada ipar yang boleh tolong uruskan. Ye lah, jarak pejabat dari rumah pun ambil masa 40 minit, mana la sempat nak keluar time lunch untuk jemput diaorang.

2. Kalau terpaksa OT dan balik lambat, tak payah nak pikir sape nak jemput anak dari taska dan nak kena bayar caj tambahan. Dah memang anak2 ada kat rumah dengan atuk nenek dan makcik pakcik diaorang.

3. Kalau terpaksa kerja pada hari cuti atau outstation berhari-hari, urusan anak2 tetap berjalan seperti biasa, tak payah nak pikir nak tumpangkan anak2 kat rumah pengasuh ke, nursery ke.

4. Ada peluang nak keluar shopping atau jalan2 berdua dengan hubby. Biasalah, kalau shopping dengan anak2 memang penat melayan ragam diaorang...kadang2 tak sempat beli barang yang dah plan nak beli, sebab dah tak larat sangat2. Tapi kalau plan nak keluar tanpa anak2, saya dan hubby kena bersiap awal dan keluar dari rumah sebelum diaorang bangun tido!

5. Boleh dapatkan nasihat dalam hal mengurus dan mendidik anak2. Banyak jugak yang kita taktau, jadi mertua dan ipar duai boleh bagi pandangan dan tunjuk ajar. Terutamanya bila anak2 sakit, kadang2 kita panik dan taktau nak buat macam mana.

6. Beban urusan rumahtangga boleh dikongsi bersama. Ini bergantung kepada situasi dalam keluarga. Macam saya, saya bernasib baik sebab ipar duai memang banyak membantu. Urusan seperti memasak, mengemas rumah dan melayan karenah anak2 tidaklah terasa terlalu berat berbanding kalau tinggal di rumah sendiri di mana semuanya kena buat sendiri dengan bantuan dari suami.

7. Dapat jimat kos dari segi bayaran sewa rumah dan yuran nursery. Tapi ini bergantung kepada keadaan jugak, kadang2 bila tinggal bersama ramai2 lagi banyak duit belanja diperlukan.

You all ada pengalaman tinggal dengan mertua tak? Boleh la share kat sini..... Bukan nak buka aib sesiapa atau cerita masalah rumahtangga, just untuk panduan kita bersama. Boleh juga berikan idea macam mana nak atasi masalah yang mungkin sesetengah dari kita terpaksa hadapi setiap hari.....

Jom Join Contest Nota Cinta - Hadiah Percutian Ke Bali

Buka link ni : http://malaysia.youthsays.com/20072005/notacinta

20 June 2010

Panduan Untuk Blogger

Hari ni saya terjumpa satu blog yang menarik : http://justkhai.com/blog/ . Terima kasih kpd blog owner yang bermurah hati beri macam2 tips untuk jadi blogger yang berjaya.

13 June 2010

Dosa-dosa & Facebook

Di sini saya nak kongsikan pandangan dari Ustaz Zaharuddin berkenaan facebook. Untuk peringatan diri saya sendiri supaya sentiasa berhati-hati.....

Sumber asal : http://www.zaharuddin.net/content/view/930/72/

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.



Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.



Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.



Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.



Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.



Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.



Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.



Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .



3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.



Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.



4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.



Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.



Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.



5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.



Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.



Ini boleh menjadi dosa, kerana :-



a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.



6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan



Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.



Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.



Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.





KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Perlu ke memilih isteri bekerja?

Tadi masa jenguk blog kak Mas Ayu (blog naufalsayang), saya sangat tertarik dengan artikel yang kak mas kongsikan, yang dipetik dari blog Ustaz Zaharuddin. Jadi saya pun nak kongsi sama artikel tu di sini...jawapan Ustaz Zaharuddin sangat menarik dan saya andaikan pasti ramai wanita yang bersetuju dengan ustaz.....

Sumber asal:http://www.zaharuddin.net/content/view/581/96/

Soalan

Salam ya UZAR,

Saya bersetuju 100% dengan pendapat Uzar berkenaan isu wanita bekerja ini. Dan saya juga merupakan seorang wanita bekerjaya dan memiliki akademik yang membanggakan. Namun apa yang membimbangkan saya adalah keadaan yang memaksa wanita zaman sekarang untuk sama-sama 'turun padang' mencari rezeki demi keteguhan ekonomi keluarga.

Tambahan pula, saya (belum berkahwin) adalah daripada 6 org adik beradik yang kesemuanya adalah perempuan. Tanggungjawab untuk membantu ibu bapa yang sudah tua juga salah satu faktor yang 'memaksa' kami adik beradik untuk bekerja selain membalas jasa kedua orang tua kami.

Namun demikian, saya tidak nafikan saya ingin benar 'kembali kepada fitrah' ajaran islam yang suci yang mana menggalakkan wanita untuk duduk dirumah menguruskan perihal keluarga dan anak-anak bila tiba masanya kelak (berkahwin).

Hakikatnya, calon-calon suami zaman sekarang juga mengenakan syarat untuk mendapat calon-calon isteri yang bekerja bagi membantu mereka meningkatkan ekonomi keluarga dan ada juga yang beralasan pendapatan mereka tidak mencukupi untuk menampung keluarga pada zaman ini (walaupun ada yang berpendapatan >RM3000). Saya kesal sekali dengan keadaan ini dengan tiada sokongan dan peluang untuk saya 'kembali kepada fitrah' ajaran Allah.

Bagaimana pula pandangan UZAR dan rakan-rakan group?

Jawapan:

Jika isteri bekerja dengan tujuan membantu ekonomi keluarga dan pada masa yang sama, suami juga bekerja, sudah tentu ia adalah harus selagi menjaga tatasusila Islam semasa di tempat kerja dan juga mampu melaksanakan kewajibannya sebagai ibu dan isteri.
Jika terdapat mana-mana bakal suami membuat syarat demikian, bagi saya ia masih boleh diterima jika : -

a) kedua-dua mereka mempunyai 'planning' sebaiknya maksud saya ia adalah bagi tempoh beberapa tahun awal selepas kahwin disebabkan kos hidup yang tinggi bagi pasangan berkahwin, dan pasangan masih muda.

b) bertujuan membantu suami atau keluarga di kampung yang benar-benar terdesak.

c) berbentuk 'temporary' sementara tiada anak sebagai persiapan ekonomi untuk beranak pinak dalam keadaan yang lebih selesa.

d) memberikan isteri pengalaman kerja di peringkat awal agar jika sesuatu berlaku kepada suami, isteri sudah berpengalaman, boleh dan mampu berdikari dengan lebih berkesan.

e) menamatkan perjanjian kerja dengan majikan atau kerajaan akibat perjanjian biasiswa dahulu.

Adapun, menjadikannya syarat seperti 'syarat yang paling utama' serta mengharapkan isteri untuk terus membantu selama-lamanya, bagi saya secara peribadi ia sedikit sebanyak mendedahkan kelemahan sang suami. Saya yakin mesti ramai suami dan sebahagian isteri yang tidak berpuas hati dengan kenyataan seperti ini, terpulang.

Cuma fikir semula sebelum bantah secara total. Bagi saya apapun hakikat dan realiti di hadapan anda, menyuruh atau mengharap isteri bekerja dan pada masa yang sama mengharap isteri :


01) didik anak dengan hebat dan berkesan

02) layan suami dengan baik,

03) senyum melebar setiap kali bertemu suami yang 'penat' bila balik,

04) tempat suami mengadu masalah dan dapatkan sokongan,

05) memberikan buah fikiran yang baik kepada suami yang buntu di tempat kerja

06) untuk in-charge untuk menjaga berak kencing anak,

07) basuh baju,

08) gosok baju,

09) sidai dan angkat baju,

10) urut badan suami,

11) masak sedap,

12) basuh pinggan,

13) sapu dan buang sampah,

14) kemas rumah,

15) cuci tandas,

16) tangani karenah anak dengan baik

17) ajar anak ngaji

18) tak membebel,

19) tak mahu dengar anak menangis dan harap isteri berperanan,

20) tak muncung dan lain-lain

Menuntut perkara di atas dan pada masa yang sama menyuruh isteri kerja adalah bertentangan dengan fitrah yang ditentukan oleh Allah kepada wanita. Adalah tidak adil sama sekali bagi seorang suami 'demand' hal sedemikian untuk disempurnakan oleh isteri dalam masa yang sama diharapkan income isteri untuk pembiayaan rumah dan kereta dan barang dapur.

Jika suami ingin isteri membantu ekonomi (yang sepatutnya tanggungjawab utama sang suami), maka sebahagian senarai kerja di atas patut di ambil alih oleh suami sebagai timbal balik kepada jasa isteri itu. Jika tidak mahu, mereka perlu mengambil pembantu rumah yang boleh diharap 'cover' sebahagian kerja-kerja teknikal tadi.
Kesimpulannya, suami yang bekerja perlu berilmu cara mengawal rumah tangga dan anak-anak akibat isteri bekerja. Sebarang kekurangan dalam rumah tangga akibat kedua-duanya bekerja adalah di bawah tanggungjawab suami. Jangan salahkan isteri yang bekerja sebagai gagal melaksanakan tangunggjawab di rumah, kerana suami yang 'beri' dan 'minta' isterinya bekerja from the very begining atas sebab-sebab yang disebutkan di atas.

Justeru, bagi saya suami kena kontrol jenis kerja isteri, tempoh masa, suasana sekeliling isteri, jika kecemasan bagaimana, keletihan isteri yang bekerja ini setakat mana, apakah perkaar yang terpaksa dikorbankan disebabkan kerja isteri dan lain-lain.

Tatkala itu, suami perlu cari apakah jalan penyelesaiannya terbaik. Panjang ceritanya ini , ringkasannya, suami must be a good planner, manager and he is just like a CEO.

Akhirnya ; saudari menyebut , isteri terpaksa 'turun padang' demi keteguhan ekonomi rumah tangga. Soalan saya, mana yang lebih penting "keteguhan ekonomi" atau "keteguhan hubungan rumahtangga" ?

Ada orang, rumah dah ada cuma kecil sedikit..cuma nak di tambah 'teguh'kan dengan membeli yang lebih beasr, kerana itu perlukan isteri bekerja??? kereta dah mampu beli VIVA, cuma untuk 'keteguhan ekonomi' iaitu beli Camry, isteri bekerja. Apakah tanda aras keteguhan ekonomi?. Sampai bila mampu tercapai? akhirnya kebahagian rumahtangga tergadai dan bercerai kerana asyik mencari 'keteguhan ekonomi'. Wallahu'alam.

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Kaedah Perubatan Alternatif

Dah agak lama tak update blog ni. Sebenarnya saya baru balik dari menghadiri kursus selama seminggu berkaitan pengurusan. Alhamdulillah, banyak ilmu bermanfaat yang diperolehi.

Antara ilmu baru yang diperolehi ialah teknik EFT (Emotional Freedom Technique) yang boleh digunakan untuk merawat pelbagai masalah fizikal atau emosi. Kaedah ni dah mula popular di Barat dan juga Indonesia, tapi di negara kita belum begitu meluas. Boleh tengok video-video kaedah rawatan di YouTube. Antara masalah emosi yang boleh dirawat ialah alahan pada sesuatu makanan, fobia pada binatang, rasa gemuruh dan macam2 lagi.

Satu lagi kaedah rawatan penyakit yang menarik perhatian saya ialah kaedah pembayangan (imagery). Hanya dengan membayangkan bagaimana badan kita pulih dari penyakit, dapat merangsang badan kita merawat dirinya sendiri. Mungkin bunyinya mustahil, tapi itulah kekuasaan Allah yang kita kena yakini.

Sememangnya banyak kaedah perubatan alternatif boleh didapati sekarang ni. Cuma bukan senang mencari kaedah yang serasi dengan diri dan penyakit kita, dan yang penting jangan sampai keghairahan kita menyebabkan kita tertipu!

03 June 2010

Tips Pendidikan Awal Anak

Daniel dan aliya belajar di tadika yang sama. Daniel di kelas 5 tahun, Aliya plak di kelas 4 tahun walaupun bulan depan umurnya baru cukup 3 tahun. 2 hari lepas depa bawa balik kertas exam pertengahan tahun. Alhamdulillah, keputusan exam masing2 amat memuaskan. Malah Aliya yang masa ujian beberapa bulan lepas cuma dapat 29 markah, markah kali ini jauh meningkat. Tahniah anak2 umi sayang...

Memang tak dinafikan pendidikan awal anak2 sangat penting. Saya nak kongsi 1 tips dalam mendidik anak2. Memetik pesanan pakar sains minda, Dr Azhar mengingatkan supaya jangan sesekali paksa anak buat sesuatu. Sebab bila sesuatu perbuatan tu dilakukan anak dalam keadaan terpaksa, akan melekat persepsi negatif atau perasaan benci pada perkara tersebut. Contohnya kalau anak selalu dipaksa membaca sejak kecil, anak akan menanam rasa benci membaca dalam dirinya. Alternatifnya, ibu bapa kena cari cara yang sesuai untuk menarik minat anak untuk buat sesuatu tanpa rasa dipaksa.

Saya perhatikan ramai ibu bapa sekarang terlalu menitikberatkan pencapaian akademik tanpa mengambilkira aspek2 lain seperti kerohanian dan emosi anak. Ada ibu bapa yang menetapkan jadual ulangkaji setiap hari walau pun anak baru berumur 4 tahun! Tak hairan la kalau baru masuk darjah 1 anak dah mula liat nak ke sekolah...mungkin itu antara puncanya.

Saya cuba aplikasikan saranan Dr Azhar. Seboleh mungkin saya tak paksa anak2 belajar, kecuali bila ada kerja sekolah atau exam esoknya barulah saya pastikan anak2 buka buku, tapi itu pun dengan penuh diplomasi. Alhamdulillah, anak2 saya memang suka ngadap buku, belajar menulis tak kira masa. Kadang-kadang kita dah tutup lampu nak tidur pun dia sibuk suruh ajar iqra’. Apa yang saya buat ialah selalu beli buku baru dan janji akan beli buku baru kalau depa habiskan latihan dalam buku tu. Setiap usaha yang baik saya akan puji, so depa akan happy dan lebih bersemangat untuk belajar.

Tapi saya akui bukan sepanjang masa kita mampu berdiplomasi dengan anak2. Ibu2 lain saya tak pasti, tapi saya sendiri memang mustahil! Lumrahnya tingkah anak2 selalu menguji kesabaran ibu. Dr Azhar pernah bagitau beliau mungkin akan adakan bengkel kepada ibu bapa, di mana ibu bapa dapat kuasai kemahiran untuk pastikan anak2 mendengar kata tanpa perlu tinggikan suara. Menarik juga kalau dapat join bengkel tu.....

02 June 2010

Ya Allah Tabahkanlah Hati Ibu Ini

Saya rasa ramai yang pernah terima emel tentang seorang ibu yang minta didoakan anaknya Hannah yang sedang diuji dengan pelbagai ujian. (rujuk di sini untuk emel penuh : http://bersamasuzana.blogspot.com/2010/04/bantulah-ibu-ini-doakan-keselamatan.html . Kalau nak tau perkembangan terkini anak beliau, klik di sini: http://bersamasuzana.blogspot.com/2010/04/bantulah-hannah.html ..

Sesiapa pun pasti sayu dengar luahan hati beliau. Tak dapat dibayangkan beratnya derita yang ditanggung. Sama-samalah kita mendoakan semoga Hannah segera sembuh dan dapat membesar seperti kanak-kanak lain. Ya Allah, tabahkanlah hati Pn Rohaiza dalam menghadapi ujianMu yang begitu berat. Sesungguhnya ujian itu tanda kasih sayangMu pada hambaMu.....

Kaedah Mencegah Kanser

Berikut info yang dipetik dari akhbar Harian Metro semalam (2/6/10).

14 KAEDAH MENCEGAH KANSER
1. Kurangkan makan makanan ruji berkanji yang diproses.
2. Maintain berat badan yang ideal. Elakkan berat badan yang berlebihan.
3. Lakukan senaman ringkas setiap hari.
4. Amalkan makan lima atau lebih hidangan sayur2an dan buah2an setiap hari.
5. Kurangkan makanan dan gula yang diproses.
6. Hentikan pengambilan alkohol.
7. Kurangkan makan daging merah.
8. Gunakan minyak sayur2an dan kurangkan makanan berlemak.
9. Kurangkan makanan bergaram.
10. Jangan makan makanan yang tercemar dengan kulat.
11. Simpan makanan yang cepat rosak dalam peti sejuk.
12. Kurangkan makanan yang disalai.
13. Jangan merokok atau mengunyah tembakau.
14. Elakkan diet supplemen.

Mari lah kita sama-sama berusaha menjaga kesihatan kita. Penyakit dan penawar Allah yang tentukan, tapi kita manusia jangan sekali-kali berserah tanpa berikhtiar.....

Pertemuan Dengan Kawan2 Lama

Tengahari tadi keluar lunch dengan Ilani, member masa sekolah menengah. Rasanya memang tak pernah jumpa sejak abis sekolah. Seronok lak dengar cerita member2 lama. So balik td saya register facebook. Wah ramai betul member2 lama masa sekolah dan kolej. I really miss u all!!

31 May 2010

Doa Amalan

“Ya Allah pilihkanlah untukku dengan kekuatan ilmu-MU, tentukanlah untukku dengan kehendakmu, aku pohon kemurahanMU yang sangat luas, kerana Engkaulah yang boleh menentukan sesuatu dan aku tidak boleh, Engkau maha mengetahui apa yang tidak ku ketahui, dan Engkaulah yang paling tahu hal-hal yang ghaib. Ya Allah, jika sesuatu ini menurutMU baik bagi diriku, kehidupanku dan kesudahan ku maka pilihlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku kemudian berkatilah, dan seandainya ini menjadi malapetaka bagiku, agamaku, kehidupanku dan kesudahan perkaraku maka jauhkanlah ia dariku sejauh-jauhnya, dan berilah aku kebaikan di mana saja berada dan redhailah aku kerananya.”

Ini petikan doa yang saya petik dari blog Dr Azhar. http://aku-ok.com/blog
Kata Dr Azhar "Cubalah lakukannya selama dua minggu di mana sahaja dan perhatikan perubahan hidup anda. "

Insya allah saya akan cuba amalkan.

Meditasi Islam

Mungkin ramai yang biasa dengar tentang meditasi. Saya pernah join Bengkel Penghayatan Solat yang dikendalikan oleh Dr Azhar, salah seorang pelopor kaedah meditasi Islam di Malaysia.
Memang banyak yang saya pelajari dalam bengkel tersebut. Tiba-tiba hari ni saya teringatkan hal meditasi ni. Baru saya tersedar, dah agak lama saya tak amalkan apa yang saya pelajari dalam bengkel tu.

Untuk makluman, Dr Azhar adalah kolumnis Majalah Mingguan Wanita yang selalu menulis mengenai sains minda. Banyak artikel beliau yang memberi keinsafan dan membuka minda. Blog beliau : http://aku-ok.com/blog/

Bagi sesiapa yang belum pernah join bengkel beliau mungkin payah sikit nak faham konsep yang dibawakan oleh beliau. Tapi secara peribadi, saya sangat berminat dengan konsep meditasi Islam yang dibawa oleh beliau. Jika berkesempatan saya nak ikuti lagi bengkel beliau.

Muhasabah Diri

Setelah sebulan lebih memulakan usaha untuk menceburkan diri dalam bisnes internet, saya buat kesimpulan saya kena menimba lebih banyak ilmu sebelum betul-betul serius untuk buat bisnes.

Terlalu banyak maklumat di dunia internet boleh menyebabkan kita 'hilang arah'. Itulah yang hampir berlaku pada saya. Memang mudah nak buat bisnes kalau semata-mata nak dapat duit, tapi bukan itu matlamat saya. Duit memang penting untuk memastikan keselesaan hidup, tapi bukan bermakna duit dapat bahagiakan kita selamanya. Ramai orang derita kerana duit.

Buat masa sekarang, saya akan terus 'merantau' di dunia maya ni untuk dapat ilmu dan pengalaman. Apa sebenarnya yang saya cari? Saya mencari satu bentuk bisnes yang sesuai dengan diri saya kerana SAYA MAHU JADI DIRI SAYA YANG SEBENAR. Hidup ni terlalu singkat, apa gunanya jika hidup yang singkat ini dilalui setiap hari dengan hati yang tidak tenteram dan kepala yang berserabut. Blog ni akan saya jadikan 'diari online' catatan perjalanan saya untuk tatapan saya dan anak-anak pada masa depan.

26 May 2010

Cara Buat Duit Melalui Internet

Setelah beberapa ketika 'merantau' dalam dunia maya ni, saya mula 'nampak' macam mana kita boleh buat duit melalui internet. Ada bermacam-macam cara, antaranya :

1. Join program affiliate - iaitu jadi ejen untuk jual produk orang lain sama ada produk digital atau fizikal. Ramai yang cakap ini cara paling mudah sebab tak perlu hasilkan produk sendiri, just focus macam mana nak promote. Bagi saya secara peribadi, saya suka pilih produk yang betul-betul bermanfaat. Kalau yang klik2 je dapat duit tu, memang saya kurang berkenan. Dan cabarannya ialah untuk buat promosi secara sah. Sebab kebanyakan program affiliate tak benarkan ahli buat spam.

2. Jual produk digital - macam2 produk digital ada sekarang ni. Yang paling popular mesti la ebook. Contoh lain ialah video, grafik komputer, laman web dan program komputer.

3. Jual produk fizikal - antara yang dijual di pasaran online sekarang ialah pakaian, hiasan rumah, mainan, buku, hasil kraftangan dll.

4. Perkhidmatan - contohnya khidmat nasihat kewangan, prepare penyata akaun dan insurans.

5. Jual ruang iklan - dulu orang buat iklan kat akhbar dan majalah. Sekarang orang banyak buat iklan kat blog dan website. Kos pun lebih murah.

Dan setelah 'menganalisis' sorang2, saya dapat buat kesimpulan bahawa tak kira bentuk bisnes yang macam mana yang kita pilih, marketing strategy adalah paling utama. Nak buat orang tertarik dengan produk kita, kita kena pastikan produk kita lain dari yang lain. Kita juga kena bina kredibiliti supaya orang yakin kita mahir dalam apa yang kita buat.

Dan untuk kesekian kalinya, saya belum buat keputusan untuk pilih bentuk bisnes yang paling sesuai untuk saya usahakan......

Dugaan emosi lagi....

Hari ni pagi-pagi lagi mood saya dah hilang. Alahai, bila la boleh tinggalkan pejabat ni...

Dulu di pejabat lama tiap2 hari tension, macam2 masalah kerja. Sekarang kat pejabat baru kerja tak la tension sangat, tapi tension ngan bos2 dan staff2 lain. Dah 4 bulan saya kat sini, tapi still rasa tak selesa ngan orang2 kat pejabat ni. Takde rasa kemesraan dan hubungan kekeluargaan.

Tah la.... Memang semua kerja pun ada cabaran, tapi ada sesetengah cabaran yang kita tak sanggup hadapi. Bagi saya kerja yang banyak bukan lah satu masalah, tapi kalau orang2 di persekitaran kita yang bermasalah, memang jadi masalah besar. Sebab kita takde kuasa nak ubah perangai orang.

Dalam masa tengah ikhtiar cari peluang kerja dari rumah ni, saya selalu gak terbayang macam mana keadaannya bila saya bekerja dari rumah. Antara yang terbayang di fikiran saya :

Waktu awal pagi - saya akan tetap sibuk uruskan suami dan anak2 sebelum masing2 ke pejabat dan sekolah / tadika.

Pukul 8 hingga pukul 11 pagi -waktu paling produktif, dan pada masa yang sama waktu yang paling sibuk. Masa tu la nak ngadap kerja, masak sarapan, basuh baju, sidai baju, kemas rumah.

Pukul 11 hingga pukul 2 - waktu untuk uruskan anak-anak yang baru pulang dan yang pastinya kena masak untuk makan tengahari.

Pukul 2 hingga 5 petang - waktu untuk uruskan diri sendiri, tidurkan anak-anak dan berehat seketika.

Pukul 4 hingga 7 petang - waktu untuk luangkan masa ngan anak2 then masak untuk makan malam.

Pukul 7 hingga 9 malam - waktu untuk solat, mengaji dan semak kerja sekolah anak2

Pukul 9 hingga 11 malam - waktu untuk uruskan bisnes online. tapi pastinya banyak cubaan, sebab anak2 selalunya bermacam2 ragamnya.....

Itulah antara 'fantasi' saya bila bekerja sendiri nanti. Harap2 tercapai la impianku yang satu ini..... Amiinnnnn

23 May 2010

Mampukah Jadi Realiti?

Dah beberapa hari tak sempat update blog. Sebenarnya beberapa hari ni saya banyak dapat idea baru untuk projek WAHM ni. Tapi agak ragu-ragu yang mana paling berpotensi. Kadang-kadang rasa putus asa, mampu ke saya berjaya jadi WAHM?

Halangan utama untuk saya bertukar status kepada WAHM ialah komitmen kewangan. Selain membantu mencukupkan keperluan keluarga, ada hutang-hutang yang belum langsai, perlu juga membantu ibu serta adik-adik yang masih belajar. Jadinya saya perlukan kewangan yang betul-betul stabil kalau nak resign dari kerja sekarang.

Tapi takpelah.....saya serahkan segalanya kepada Dia Yang Maha Kuasa. Saya yakin Allah telah merencanakan yang terbaik untuk diri saya, dan pastinya perancangan Allah di luar jangkauan hambaNya...

20 May 2010

Suara Ibu Boleh Tenangkan Anak


Saya ingin berkongsi satu hasil kajian yang dilaporkan oleh akhbar Berita Harian baru-baru ini. Memang menarik...


2010/05/13
SINGAPURA: Satu penyelidikan terbaru mendapati, suara ibu sudah cukup untuk menenangkan anak mereka, penemuan yang pasti memberi kelegaan dan mengurangkan rasa bersalah ibu bekerja kerana hanya dapat berhubung dengan anak melalui telefon pada kebanyakan masa.

Kajian dijalankan penyelidik Amerika yang ingin mengetahui bagaimana interaksi suara memberi kesan kepada orang tersayang, menguji paras hormon penenang oxytocin ke atas kanak-kanak perempuan yang sedang menghadapi tekanan.


Seramai 61 kanak-kanak perempuan berusia antara tujuh dan 12 tahun, diminta mengaturkan satu persembahan di hadapan orang tidak dikenali dan kemudian dibahagikan kepada tiga kumpulan.

Satu daripada kumpulan itu ditenangkan oleh ibu yang hadir selepas persembahan, kumpulan kedua bercakap dengan ibu masing-masing hanya melalui telefon manakala kumpulan ketiga tidak berinteraksi langsung dengan ibu mereka.

Hormon tekanan kanak- kanak berkenaan dipantau sepanjang proses itu dan penyelidik mendapati, kanak-kanak yang ditenangkan sama ada secara fizikal atau dengan suara, mengeluarkan paras oxcytocin yang sama, berbanding kumpulan kanak-kanak yang tidak berinteraksi dengan ibu mereka.

“Hasil kajian ini menunjukkan mereka yang kurang sokongan daripada keluarga dan rakan akan mempunyai tahap kesihatan yang lebih rendah.

“Interaksi suara mungkin mampu memberi kelegaan yang sama dengan hubungan secara bersemuka, termasuk sentuhan,” kata penyelidik. – Reuters

08 May 2010

Anakku Sayang

Semalam Daniel muntah-muntah, badannya panas dan asyik mengadu sakit kepala. Memikirkan sudah 3 hari saya mengambil cuti dan hari ni pula ada mesyuarat yang perlu dihadiri, saya berkira-kira mahu tetap ke pejabat. Bila sebelum tidur keadaan Daniel sudah agak baik, saya berpesan supaya hari ni tak perlu ke sekolah, tapi saya kena ke pejabat. 'Abis tu sape nak jaga abang?' tanya Daniel. 'Tokwan dan makngah kan ada'. Daniel angguk. Sayu pula rasa hati.

Tapi bila menjelang pagi Daniel masih merengek sakit kepala, tak sampai hati pula nak ke pejabat. Sudahnya saya ambil cuti kecemasan. Nasib baik ada staf yang tak keberatan menggantikan saya ke mesyuarat. Walau pun bos membebel sebab ada laporan yang perlu disiapkan, bagi saya anak lebih utama.

Masuk kali ni dah 3x dalam tahun ni saya ambil cuti mengejut sebab anak demam. Banyak kali juga saya tetap ke pejabat walau pun Daniel atau Aliya demam. Memang sejak akhir-akhir ni anak-anak kerap demam, mungkin kerana cuaca yang tak menentu.

Inilah dilema bila bekerja makan gaji.....antara kerjaya dan anak-anak yang mana perlu diutamakan. Tapi bagi saya selagi urusan di pejabat tidak kritikal, anak-anak lebih penting. Tahun lepas semasa saya tinggal di KL manakala suami dan anak-anak di sini, saya ambil cuti kecemasan selama seminggu bila anak-anak muntah-muntah dan taknak makan. Masuk je makanan atau minuman ke dalam perut, semuanya akan dimuntahkan semula. Hibanya hati melihat kedua-dua anak terbaring lesu, muka masing-masing cengkung.

Andai saya bekerja sendiri, akan saya pastikan setiap saat saya akan berada di samping anak-anak bila mereka sakit. Insya allah... Saya mahu jadi ibu terbaik untuk anak-anak... SELAMAT HARI IBU.....

05 May 2010

Semangat Baru.....

Hari ni saya mendapat semangat baru. Kenapa? Sebab semalam semasa berkunjung ke sebuah IT store, saya berjaya mendapatkan cd tutorial lengkap pembelajaran software multimedia yang sedang saya pelajari.

Semoga sesi pembelajaran saya lebih lancar. Target saya, awal bulan depan saya dapat mulakan projek pertama saya. Memang tak sabar rasanya, sebab market survey yang saya buat menunjukkan produk yang sedang saya usahakan masih belum ada di pasaran, dan saya yakin permintaan terhadap produk tersebut amat tinggi.

Saya berharap produk saya nanti menjadi produk pertama di pasaran tempatan. Andai projek pertama ini berjaya, sudah ada senarai projek seterusnya yang saya rancangkan. Dan setiap hari saya tidak lupa untuk memanjatkan doa semoga hasrat murni saya akan tercapai dengan izin dan panduan dariNya.....

04 May 2010

Coretan Dari KL

Saya dan suami sekarang berada di KL kerana suami menghadiri kursus di sini. Manakala saya sekadar menemani di samping ambil peluang rehatkan fikiran daripada rutin pejabat. Bukan juga berehat sepenuhnya, ada juga kerja-kerja pejabat yang 'diusung' bersama.

Petang semalam kami sempat ke Plaza Low Yat. Mulanya suami hanya berhasrat untuk upgrade laptop saya supaya lebih 'berkuasa' untuk perisian multimedia, tapi sudahnya beliau membeli laptop baru untuk saya.

Pesan suami; "usahakan sampai berjaya projek multimedia tu". Terharu rasanya dengan sokongan suami. Laptop baru ni memang lebih baik, dan yang saya paling suka kerana saiznya yang kecil dan ringan, mudah saya bawa ke mana-mana. Dengan adanya laptop baru ni memang banyak membantu kerana lepas ni saya tak lagi 'diganggu' oleh anak-anak yang memang suka menonton cerita kegemaran mereka menggunakan laptop saya. Terima kasih suami tersayang....

02 May 2010

PERMULAAN BULAN MEI 2010

Cepatnya masa berlalu...pejam celik pejam celik dah masuk bulan Mei. Rupanya dah 4 bulan saya kembali ke pangkuan suami dan anak-anak, selepas lebih setahun terpaksa berjauhan. Masih terasa keperitan yang dilalui, setiap 2 minggu berulang alik dengan bas ekpres dari KL ke Terengganu.

Setahun yang penuh dugaan dan mencabar emosi itu menguatkan semangat saya sekarang untuk menjadi seorang WAHM. Realiti yang harus dihadapi apabila bekerja di sektor awam, terpaksa menurut walau di mana diarahkan bertugas. Cukuplah lebih setahun saya 'korbankan' keluarga demi kerjaya, tak sanggup rasanya andai terpaksa melaluinya sekali lagi...

27 April 2010

HARI YANG TENANG

Semalam adalah hari yang tenang bagi saya. Urusan di pejabat pelanggan berjalan dengan begitu lancar, malah layanan yang diterima juga sangat memuaskan. Pulang ke rumah seperti biasa menguruskan anak-anak yang walau pun sesekali ragam mereka menguji kesabaran seorang ibu, tapi amat membahagiakan.

Sekarang anak-anak dah boleh diharapkan untuk bantu kerja-kerja rumah. Aliya walau pun baru 3 tahun, tapi cukup rajin tolong sidai baju. Daniel pulak sejak 2-3 hari ni rajin tolong angkat pakaian dari ampaian. Terima kasih anak-anak umi sayang....

Semalam saya juga rasa amat gembira sebab saya berjaya meningkatkan kemahiran multimedia saya. Walau pun masih banyak yang perlu dipelajari, tetapi kejayaan kecil tu amat besar maknanya bagi saya.

Saya akan meneruskan kembara perjuangan saya untuk mencapai cita-cita menjadi suri rumah bekerjaya... Insya allah...

26 April 2010

CATATAN DI PAGI YANG CERIA

Hari ni tak sempat nak menulis panjang lebar. Sekejap lagi kena keluar untuk tugasan pejabat. Tak sabar rasanya nak tunggu malam menjelang supaya dapat sambung 'sesi pembelajaran' multimedia. Walau pun rasa susah sangat nak faham, saya bernasib baik kerana suami yang sememangnya orang IT banyak membantu. Thanks a lot untuk suami tersayang...

25 April 2010

RUTIN HARIANKU

Petang semalam saya dan suami tiba di rumah dalam pukul 6 petang. Sampai di rumah terus capai bakul pakaian kotor, kutip pakaian kotor anak-anak dan masukkan dalam mesin basuh. Kemudian jenguk ke dapur, buat apa yang patut.

Kemudian sambil-sambil jenguk mesin basuh yang tengah berputar (saya guna mesin semi auto), sempat gak gosok pakaian kerja saya dan suami untuk esok. Nasib baik anak-anak tak banyak ragam. Menjelang maghrib, semuanya selesai. Lega rasanya...

Sebelah malamnya lepas selesai sidai baju dan 'pantau' daniel buat kerja rumah, saya mula buka laptop, sambung 'sesi pembelajaran' untuk 'projek multimedia' saya. Daniel dan adiknya Aliya seperti biasa menonton cerita animasi kegemaran mereka, Upin dan Ipin.

Menjelang 12 tengah malam, semuanya terlena, ditambah pula kedinginan malam akibat hujan lebat menjadikan tidur kami begitu nyenyak...

Begitu la rutin seharian menjalankan tugas di pejabat, kemudian menguruskan rumah dan anak-anak. Tak sabar rasanya nak bekerja sendiri. Bukan semata-mata nak 'lari' daripada kesibukan rutin harian, tapi yang paling utama nak uruskan sendiri anak-anak. Tahun 2012 daniel dah masuk darjah 1, kalau boleh saya sendiri nak hantar dan jemput dia dari sekolah. Harap sekarang masih belum terlambat untuk saya mengorak langkah...

SEMOGA IMPIANKU AKAN MENJADI KENYATAAN...

Salam perkenalan kepada semua...

Saya baru berjinak-jinak dengan dunia blog ni. Ini sebagai langkah permulaan untuk mencapai impian saya menjadi seorang WAHM (Working At Home Mama).

Buat masa ni saya baru memulakan langkah pertama untuk memulakan bisnes online. Untuk 'projek' pertama ni saya kena pandai guna software multimedia...itu yang tengah pening ni. Rupanya bukan senang nak belajar multimedia ni, tambahan pula saya ni 'berkecimpung' dalam bidang perakaunan...memang jauh benar bezanya.

Saya target untuk launch 'projek' pertama saya hujung tahun ni. ada masa 8 bulan lagi. Hari ni rasa macam dah putus asa...tapi bila bayangkan indahnya bergelar seorang WAHM, saya kuatkan semangat dan minta petunjuk daripadaNya.

Saya mengalu-alukan teman-teman yang 'seiring sejalan' dengan saya, sama ada telah atau pun dalam 'perjuangan' untuk menjadi seorang WAHM, agar kita dapat berkongsi idea dan pengalaman.

Semoga impian kita akan jadi kenyataan...