21 June 2010

Tinggal Bersama Mertua : Yang OK dan Tak OK

Pejam celik pejam celik, dah 6 bulan saya dan family tinggal bersama keluarga mertua, termasuk 3 orang ipar. Bila di fikir2, ada OK dan tak OK nya tinggal dengan mertua dan ipar duai nih. Yang saya dapat senaraikan:

Yang Tak OK
1. Tak bebas. Hanya dalam bilik tidur sendiri boleh buat sesuka hati. Keluar dari bilik, semua benda kena susun ikut aturannya, tingkah laku kena jaga, nak bercakap kena pandang kiri kanan. Maklum la, kalau tersilap cakap alamatnya gaduh adik beradik.

2. Kurang privacy. Jarang ada peluang untuk bermesra dan bercakap dengan hubby secara terbuka. Selalunya saya dan hubby ambil peluang berbincang hal2 yang sensitif dalam kereta bila keluar ke pejabat atau jalan2 bersama anak2.

3. Pelbagai corak didikan anak2. Kadang2 lain yang kita ajar kat anak2, lain pulak yang diajar oleh pakcik makciknya. Satu hal pulak kita nak jelaskan kat anak2 supaya diaorang tak keliru.

4. Tak boleh nak lepas geram sesuka hati. Kalau ada yang tak kena dengan hubby atau tak tahan dengan ragam anak2, paras kemarahan tu kena kawal. Nanti tak pasal2 kena cop sebagai menantu panas baran. hehe....

5. Cabaran untuk jaga aurat. Bila tinggal sebumbung dengan ipar lelaki, keluar dari bilik memang nak kena selalu bertudung, baju pulak mesti yang lengan panjang dan yang pastinya tak jarang. Tapi ada jugak bagusnya, aliya yang baru 3 tahun tu pun sekarang dah rajin pakai tudung dalam rumah.

6. Dan yang paling payah, nak jaga hubungan baik dengan mertua dan ipar duai. Sebagai menantu yang secara tersiratnya adalah 'orang luar' dalam rumah tu, kita lah yang kena banyak beralah. Tahap kesabaran kena tinggi.....kalau tak, memang boleh jadi perang dunia jawabnya.

Sesekali bila badai melanda, memang rasa tak sabar2 nak duduk rumah sendiri. Tapi bila dikaji balik, banyak jugak kebaikannya. Antaranya:

Yang OK
1. Nak pergi kerja tak perlu susah2 pikir nak hantar dan jemput anak2 dari sekolah. Ini pun kebetulan ada ipar yang boleh tolong uruskan. Ye lah, jarak pejabat dari rumah pun ambil masa 40 minit, mana la sempat nak keluar time lunch untuk jemput diaorang.

2. Kalau terpaksa OT dan balik lambat, tak payah nak pikir sape nak jemput anak dari taska dan nak kena bayar caj tambahan. Dah memang anak2 ada kat rumah dengan atuk nenek dan makcik pakcik diaorang.

3. Kalau terpaksa kerja pada hari cuti atau outstation berhari-hari, urusan anak2 tetap berjalan seperti biasa, tak payah nak pikir nak tumpangkan anak2 kat rumah pengasuh ke, nursery ke.

4. Ada peluang nak keluar shopping atau jalan2 berdua dengan hubby. Biasalah, kalau shopping dengan anak2 memang penat melayan ragam diaorang...kadang2 tak sempat beli barang yang dah plan nak beli, sebab dah tak larat sangat2. Tapi kalau plan nak keluar tanpa anak2, saya dan hubby kena bersiap awal dan keluar dari rumah sebelum diaorang bangun tido!

5. Boleh dapatkan nasihat dalam hal mengurus dan mendidik anak2. Banyak jugak yang kita taktau, jadi mertua dan ipar duai boleh bagi pandangan dan tunjuk ajar. Terutamanya bila anak2 sakit, kadang2 kita panik dan taktau nak buat macam mana.

6. Beban urusan rumahtangga boleh dikongsi bersama. Ini bergantung kepada situasi dalam keluarga. Macam saya, saya bernasib baik sebab ipar duai memang banyak membantu. Urusan seperti memasak, mengemas rumah dan melayan karenah anak2 tidaklah terasa terlalu berat berbanding kalau tinggal di rumah sendiri di mana semuanya kena buat sendiri dengan bantuan dari suami.

7. Dapat jimat kos dari segi bayaran sewa rumah dan yuran nursery. Tapi ini bergantung kepada keadaan jugak, kadang2 bila tinggal bersama ramai2 lagi banyak duit belanja diperlukan.

You all ada pengalaman tinggal dengan mertua tak? Boleh la share kat sini..... Bukan nak buka aib sesiapa atau cerita masalah rumahtangga, just untuk panduan kita bersama. Boleh juga berikan idea macam mana nak atasi masalah yang mungkin sesetengah dari kita terpaksa hadapi setiap hari.....

25 comments:

  1. sememangnya ade pro and cons.. tapi walau apapun, lebih selesa untuk tinggal berasingan.....

    ReplyDelete
  2. saya belum kawin lagi, anak sulong lelaki... sekarang tinggal dgn family.. rumah papan je(mak yg bayar dari dulu lagi).. nanti dah kawin saya nak tinggal rumah batu.. sewa(saya bayar tanggung jawab suami), skrg save duit utk belanja kawin. walaupun belum ada calon :P, kalau dah pindah nanti saya nak ajak mak dan adik ((perempuan)) saya tinggal dgn saya, saya tak nak jadi anak seperti kacang lupakan kulit... saya cuma takut bakal isteri saya nak tinggal berasingan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, pada pendapat saya (yang tertekan tinggal dengan keluarga mertua di rumah mereka), sebagai seorang lelaki tanggungjawab you yang utama is to your mother. Restu your ibu is penting untuk hidup bahagia. Sebagai seorang perempuan dan isteri pula, of course lepas kahwin nak hidup berduaduaan dengan suami je and bina keluarga sendiri. Tapi, lebih baik you tinggal di rumah sendiri dan ajak your mother and sister tinggal sekali, berbanding you bawak your wife tinggal at your current house with your mother and sister. Percayalah sebab saya dalam keadaan tu sekarang and saya sangat tertekan. kalau mak mertua tinggal dengan kita di rumah kita sendiri tu baik banyaklaaa....berbanding kita tinggal ngan diorang kat rumah diorang. apa2pun, mesti bagitau your niat kat bakal isteri awal2 lagi sebelum kawin supaya dia jelas. Kalau tidak, kesiann kat dia. I do not want anybody else to feel the same pain as I do.

      Delete
    2. Tanggungjawab bkn terletak pd anak lelaki atau anak lelaki sulung atau anak lelaki bongs. Tanggungjawab menjaga ibu ayah adalah terletak pd semua anak xkira lelaki atau perempuan, xkira bujang atau dh berkahwin. Selepas lelaki berkahwin, tanggugjwb yg pertama adalah isteri, kedua anak, ketiga br ibu dan ayah mereka keempat br ibu ayah isteri.zaman sekarang semua dh salah. Anggap semua atas bahu anak lelaki. Wallahualam

      Delete
    3. Maaf, saya nak betulkan fahaman anda. Selepas lelaki berkahwin, tanggungjawab yang pertama masih ibu dan bapa kerana syurga seorang lelaki di bawah telapak kaki ibunya manakala syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suaminya.

      Delete
  3. Saya tinggal dengan keluarga semua, bukan takat mak mertua je (ayah mertua dah meninggal) tapi dengan 2 org kakak suami dan husband diorang, 4 org nak sedara, adik perempuan suami, dan sorang cousin diorang laki yg tumpang duduk kat situ sebab parents dia kat overseas. Pada dasarnya diorang semua baik, tapi terlalu banyak intervention. Kadang2 kita nak buat banyak benda ikut cara kita sendiri tapi kena kondem. Saya baru ada seorang anak umur setahun dan yang ni yang saya risau. Cara hidup diorang lebih moden dan kurang penekanan agama. Saya pulak nak hidup sebaik mungkin berdasarkan Islam. Nanti saya akan start kerja balik dan anak akan tinggal dengan diorang semua, saya takut tak berjaya menekankan nilai Islam yang sepatutnya pada anak sebab dia akan lama di rumah tanpa saya. Office hours je dah 8 jam. pegi balik lagi sejam, dah 9 jam tinggal. Pada saya, saya rasa terlalu tertekan tinggal kat sini, satu lagi sebab saya tak dpt naj jaga aurat saya secukupnya. Suami tak begitu memahami, padanya saya mesti perlu "adapt"....

    ReplyDelete
  4. Saya tinggal dengan keluarga mertua sudah masuk 3 tahun

    ReplyDelete
  5. Tinggal dgn mertua mmg byk dugaan..sy dh dkt setahun kawin..tp tggal dgn fmly suami..
    dlm rumah tuk,mak mertua,adik ipar laki,kakak ipar yg dh kwin n blum kwin..mmg xde privacy n kdg2 bt kta psiko..time hjung mggu smua ada..biras2 smua balik..smua kta nk kna bt..masak la apa la..dorg tggu je nk mkn..time masak hilang..time mkn mcm ank ayam kluar reban..pas mkn hilang plak..tension xterkata..nk bersuara susah..nk kna jaga hati org..tp mak mertua mmg byk bg muka kt menantu yg lain..mentang2 dorg kja n aku juz full time housewife,dorg bt aku mcm kuli..aku dh byk kali ajak suami dk asing tp dgn kewangan xstabil..kdg2 ksian jgk..tp aku pun kna ksian diri aku ni..dpat mertua pilih kasih..

    ReplyDelete
  6. askum kawan2 yang senasib... sya juga tgal dengan mertua di rumah sediri.. Pada sya yang baru ingin berumah tangga kalu buleh susah camna sekalipun usahakan create family sediri. Sewa umah duk atas lantai pon dah cukup dah bersyukur dan puas sangat rasa bila boleh hidup sediri dgn suami dan anak2. Bila kita duduk dgn mertua hari2 kita mesti jadi org yang hipokrit..

    Tambah plak dapt ipar yang jenis mengarah... cakap men sedap mulut dia jee... mmg susah laa nak terima
    kenyataan

    ReplyDelete
  7. nak kongsi sket pengalaman aku selama hampir 6tahun tinggal dgn mertua iaitu mak bapak bini aku. mmg banyak yg x bagus dari yang bagus tinggal dgn mertua ni. tambah pulak mak mertua aku ni jenis semua benda nak suruh anak dia iaitu bini aku ikut cakap dia,sampaikan nak didik anak aku pun dia control walaupun dia buat mcm x kontrol pom, segala makan minum nak kena tanya dia dulu,huhuhu kalau lelaki lain aku x tau la apa responnya,tapi aku tetap sabar dan terus sabar,bukan xleh nak duk sendiri, aku ada kedai sendiri,boleh jer duk kat kdai dgn anak bini aku, tapi bini aku pulak anak tunggal pastu bapak dia pulak sering sakit-sakit. tu yang jadi serba salah...yg bini aku pulak dari dulu sampa la ni duk ikut cakap mak dia jer, kadang-kadang sering rasa diasingkan bila time balik kerja. mulut mak mertua aku ni boleh la kategori mulut yang xder brek time bercakap.. main lepas jer, klu nak ikutkan mmg beratus kali dah terasa hati dgn dia..tapi sayangkan ank bini aku sabar la... ingat dalam bulan depan aku nak bagitau kat bini aku suh dia ikut aku atau aku balik jarang-jarang la klu dia x nak ikut. sakit kepala hari-hari macam ni..balik rumah dia selalu kena perli, bila nak diskus bleh plak bagitau xder apa-apa plak.. mcm tu la perangai mak mertua aku ni,sampai bini aku pun terikut sama perangai dia..kesian bapak mertua aku dpt bini mcm tu.... apa pun secara pro dan kontranya baik tinggal asing la utk yg baru khawin tu... dapat mertua cam teman ni mmg hampeh la hidup korang...huhuhu..

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Pengalaman say duduk dgn mak mertua setakat ni ok.mak mertua jenis yg baik...mulut bkn jnis pokpek..kebetulan die mls masak sy mls bsuh baju...so sy ni rajin masak..kami dah siap ada tugas khas.bg sy byk yg ok...family suami pon bile balik mesti xbg sy wat keje..kesian agak nye.cume yg payah nk p dating susah kne tunggu anak2 lain balik.sbb xde sape tgk mak.nk blk kg sy pon ssh...huhuhu

    ReplyDelete
  10. suka baca kat sini , macam2 comment ade .. saya jadi takut , lps nie sy akan stay dengan mertua .. hmm , takut sangat sebab sy da tahu macam mana kehidupan sy lepas nie .. risau kalau bakal suami memang taknak pindah even mertua masih kuat bekerja hmm , yaallah kuat kan lah hati nie :(

    ReplyDelete
  11. Asalamualaikum, saya seorg ibumertua, anak perempuan kahwin masuk tahun ke2 sedang mengandung, mereka tinggal bersama2 saya..kenapa saya terasa seperti org gaji dibuatnya!! Padahal anak saya baik, menantu lelaki itu, baik tapi tidak pandai mengambil hati ibuayah mertua, contohnya bila nk keluAr rumah keluar begitu sajaa. Tpi bgitahu ...mama keluAr kejap yaa...balik umah masuk bilik!! Main game, dgn hphone sentiasa!!
    Bukan nk dikatakn tidak setaraf. anaknya saya seorg doktor manakala dia bekerja biasa !
    Sejak awal kami tidak pernah memandang pangkat,darjat semua itu..
    Mereka bertemu Dan terus berkahwin tnpa mengenali budi masing2!
    Sya hanya berserah pd Allah sahaja! Sbb mmg tidak berapa suka sbb hendak cepat2 kn kahwin! Tapi anak saya pn dah suka pd Dia, mungkin pandai cakap Dan ambik hati
    Kami setuju jaa...memandang pandai berkata2 . nmpk jenis yg boleh di harap bila perlu pertolongan!
    Kawin seminggu dah mula jdi masaalah mereka suami isteri
    Di pendekn cerita...
    Si menantu ini...mcm lepas tngan , utk sama2 tolong di dalam umah ni...dah isteri mengandung. IBU mertua lah kena basuh Kain bju mereka..beli mkann, semua mama ini yg buat .
    Balik kerja masuk bilik. Nk keluAr ..mcm tu jaa keluAr..mcm tinggal di hotel.
    Sya dah jdi stress dgn kelakuan bdkk ini.
    Cuma skrg hendak tunggu mereka keluAr dri umah ni..ke rumah baru mereka beli..itu pun di beli oleh anak saya, bukan nya dia!!
    Mungkin saya tak kisah tpi terkilan dgn silap menantu ini.
    Pesan saya, jika nk kahwin kawan lah dulu... Kenal hati budi!
    Saya tk setuju sstgh ustaz suka.. Kawin dulu baru kenal.

    ReplyDelete
  12. saya dh tinggal dengan ayah mertua 6 bulan +++..sepanjang saya kahwin semua kerja rumah dia suruh saya buat,,basuh baju masak kemas rumah semua la..anak2 (perempuan) dia x bagi buat kerja..bila husband saya bising kakak2 n adik dia x buat kerja semua mengharapkan saya, ayah dia akan ckp "anak2 perempuan abah x boleh buat kerja rumah". Abah x suka anak2 perempuan abah buat kerja rumah. Then husband saya tanya "SSS (saya la tuh) bukan perempuan ka, blh plak suruh buat kerja rumah". Pastu dia balas "itu isteri KKK(husband), ikut suka la nak didik cara mcm mana pun tp kena ingat kamu semua duduk d rumah abah so kena ikut cara abah"..Kdg2 penat kita kemas rumah senang2 ja diorang selerakkan balik..Dah tu klu buat air utk suami, x tanya ayah mertua dia akan terasa..Klu nk kluar rumah x tegur dia pn dia kata kita x hormat dia..niat mmg nk sewa je tp eko still x stabil..x tahu nak luahkan kt sapa..sedih + menderita..org kata dok dengan mak mertua lagi terseksa compared to ayah mertua tp bagi saya sama jer..ayah mertua tu x abis2 touching..apa yg saya buat semua x kena..selalu bising sy x buat sarapan padahal sy bangun pergi kerja pkul 5.30 pagi, kadang2 penat nk bangun lebih awal sedangkan anak dia kerja pukul 12 tgh hari x plak dia bising buat x buat sarapan..bila hubby bisiing dia akan ulang ayt yang sama.."anak2 perempuan abah x boleh buat kerja"". Bilik baju anak2 perempuan semua ayah mertua yang kemas. Kdg2 ayah mertua suruh sy kemas..tekanan la penat kerja penat jaga hati ayah mertua..sedih..rasa mcm nk balik dok ngn mak abah di kampung..mak abah sendiri pn x pernah seksa kita mcm tu..then selalu kena hina ngn ayah mertua yang saya ni org kampung..

    ReplyDelete
  13. Sedihnya bila secara reality kehidupan lepas khawin ni.
    macam saya mak saya ni rajin tapi ada perangai buat kerja x siap kalau memasak tu tinggal je segala sepah, pinggan2 semua dan suka simpan benda kotor2 macam air ikan, ikan dah siang sampai berulat atas singki tu. Bila kita bersihkan dia marah.
    Pelik sangat. Adik lelaki pernah putus tunang, bila tunang dia datang umah tengok perangai mak macam tu. Padahal setiap masa saya kemas tapi mak rajin sangat sampai serepah semua.

    Pekara ni buatkan rumah saya jadi kotor, nak2 dengan kucing2 yg mak jaga dan biar je makann dieorg kat lantai dan kadang taik kucing bsepah2.


    Abang2 ipar kalau balik umah. Balik kejap je. Nak tunjuk muka je. Ari yg sma juga dieorg balik.

    Mak selalu marah2 yg rumah serepah tapi mak x sedar tu semua mak yg buat. Bila saya dah kenas bersih semua boleh pulak mak cakap dia dah penat kemas semua.

    Saya ada kat sini sbb saya google apa sebenarnya penyakit mak saya sbb pelik sangat kenapa mak suka buat kotor dan simpan benda buruk yg patut dibuang dan xleh guna kat umah.

    Saya tertekan sangat dan risau nanti bakal ipar2 yg datang umah cakap belakang pasal mak sbb perangai mak yg
    bukan pembersih dan suka marah2 benda yg xbetul

    ReplyDelete
  14. Salam... Sy pn tinggal dgn mertua juge..mmg kalu boleh sy x nak.. Sy bnyl dibayangi dgn ipar duai sy.. Layanan mereke x same.. Sikap dorg mmebuat kan jiwe sy kental dan keras.. Dr hati sy lembut.. Bile sy selalu berhdpn dgn mereke yg acuh x acuh je dgn sy.. Jiwe sy makin kental..jd dah masuk 4 thun sy tiggal disini... Suami yg buat2 xfhm... Sbb sy mmg ckp sy nak duduk asing.. Tp tgh tugu rumah siap...sy hari2 stress.. Sy bosan hidup mcm ni..hari2 sy berhdapam dgn org yg x ngam dgn saye.. Sekejap ok sekejap x ok...sy nak lari kalu boleh.. Rase dah x peduli perasaan suami..

    ReplyDelete
  15. Hmm..sy dah kawin nak masuk 5 tahun,xde rumah kelamin..cuma tinggal berpindah randah sekejap duduk dgn mak sy sekejap duduk rumah mertua..sy bersabar sebab suami masih x boleh nak menyewa..tapi sy banyak makan hati apalagi kalau tinggal di tempat mertua kadang kadang tinggal di sana sampai sebulan lebih.. Sebelum kahwin sy berkerja,seminggu sebelum bernikah sy berhenti kerja.. Sebab sy fikir waktu tu,kalau sy mengandung sy x mau hantar anak dekat nursery..sy nak jaga sendiri..fast forward kepada waktu skrg,anak sy dah 2 org..ketika dirumah mertua,ada adik ipar lelaki juga tinggal sekali dgn isteri dan anaknya..kadang kadang ada juga adik ipar perempuan sy balik dari daerah lain,tinggal di sana sekali dgn suaminya serta anaknya juga..dgn perangai adik ipar yg lain suka guna barang peribadi sy tanpa bertanya..main sebat saja..bila sy nak guna,tau tau dah habis..barangan sy yg di dalam bilik tidur juga pernah hilang..sy puas cari barang tu tetap tak jumpa.. Cuma diganti barang yg hilang dgn barang yg hampir serupa tapi bukan jenama yg sy biasa guna..sy stress..dgn perangai mak mertua,yg semuanya kena ikut cara dia. Masak nak ikut cara dia..mak mertua sy suka pakai barangan sy juga tanpa bagitau..tengok tengok barang tu dah habis..sy x tau sampai bila mesti begini..sy stress kalau sampai giliran utk tinggal di rumah mertua..

    ReplyDelete
  16. ibu mertua tempat tinggal tidak tetap selalu berjalan kerumah ank2. ibu mertua perangai buruknya suka bercerita hal anak2 dirumah anak2 orang lain. segala apa yg jadi dirumah dia cuba londeh semuanya. lagi satu dia nak kan perhatian dari anak lelakinya. Dia cemburu bila suami aku rapat dengan aku. kenapa aku dapat mertua macam ni. allah ja yg tahu betapa terseksanya aku. hinggakan aku berdoa supaya allah ambil ja mak mertuaku ini. supaya dia tidak terus berdosa.

    ReplyDelete
  17. aku xtinggal di rumah mentua.jarang balik juga. walaupon dekat. sebab dah tau mulutnye yg Nauzubillah. tapi kesian dengan adik ipar perempuan (menantu) yg tinggal bersama mentua. mmg mentua selalu ckp belakang psl perangai biras aku. xbuat itu xbuat ini.bgn lambat.semua benda dia nk kritik. malahan, ini biras aku yg ke 2, sebb biras pertama dulu smpai cerai berai jadinye dah mentua dok masuk campur, dok mengumpat sampai satu kawasan. dah dpt biras ke 2, abes yg bekas biras 1st kena kutuk. gila talakla,xsedar dirilah. skarang, biras ke 2 plak yg dikutuknye. boleh pulak terkenang biras 1st yg dia buat smpai cerai berai. Mmg gila lau kalau jadik kat aku.sebab aku xleh hadam kenapa mak mentua perangai mcmni.

    ReplyDelete
  18. aku dah 6 thun kawen. Aku stuck dok rumah mertua yg aku rasa mcm NERAKA! Sebab hari2 aku dok dengar mertua aku maki hamun, sumpah seranah, tpekik tlolong mcm orang gila!

    Dah la suka control! Da tu apa2 laki aku mcm lembu sebab dahululan ayahnye drpd anak bini. Dah la mertua aku mcm pengemis. Gaji je mintak duit!!! Aku nk mntk duit pon susah.

    Da tu privacy mmg takde. Apa2 buat smua kena bagi tau. Contoh keluar, tnye g mne. Beli apa. BERAPA HARGA? Like seriously! Da tu bukan nk ketuk pintu! Main redah je. Slalu je mak mertua tgk aku naked. Mcm pundek.

    Aku dah buntu sngat sebab aku dh luah kat laki aku. Tp nothing happened. Aku stressssssss! Da la ada anak kecik. Dgr maki hamun tpekik tlolong tu x elok. Aku dh mereput kat situ pon aku rasa negative vibes tu masuk
    Dlm diri.

    Aku smpai stress smpai anak jadi mangsa. Mcm aku lepas kat anak aku. Aku lak yg maki hamun anak aku. Laki aku ni bodo mmg ikot je ckap bpaknye. Patut kawen no 1 anak bini. Aku tak pernah tnye dia bgi brapa2 utk org tua dia tp jgn smpai abaikan aku ngn anak.

    Doakan aku cerai cepat sebab otak aku mmg nak meletop.

    ReplyDelete
  19. Makmentua dok dgn saya. Dia rajin. Ckp pun baik baik dgn saya. Tapi saya yg tak tahan. Sebab saya rasa tak bebas walaupun berada dirumah sendiri. Dimana saja saya gerak disitu ada dia, muncul kat depan saya. Kadang menghalang pergerakan saya. Terlalu byk kebetulan dia berdiri di depan atau di belakang saya. Saya rasa seolah olah sentiasa diperhatikan. Terlalu lama dia tinggal bersama sehingga saya dah tak blh tgk muka dan bercakap dgn dia. Sebab tu sy rs tak tenang sbb saya rs berdosa akibat tidak mengendahkan dia. Saya tahu dia kecik hati dgn saya... Tapi saya pun taktahu kenapa hati saya keras tak mahu terima dia tinggal bersama. Akibat dr perbuatan saya, byk perkara yg berlaku cth susah mendapat rezki, kawan dan sentiasa sedih. Muka pun nmpk tua. Kepada ibubapa diluar sana, klu blh biarla duduk asing demi menjaga keharmonian. Kdg nak bermanja2 dgn suami pun jd segan sbb ada yg memandang. Dan juga jgnlah seronok bercerita hal anak2 kpd org lain. Menantu juga ada perasaan.

    ReplyDelete
  20. Betul sgt, saya pon sama mertua dgn ipar tinggal sama.. Mula2 rasa okay, lama2 jadi stress, pula husband makin kurang bagi perhatian. Biasa la org baru kawin nak kenal hati budi ada bergaduh siket2.. Kadang dorg dengar je.. Kita pula malu, padahal rumah sendiri. Dah tak pasal hal rumah tangga orang lain tahu.. Aq pulak jenis cerewet kemas rumah pepagi, tengahri turun ya allah, baju sana sini atas kerusi, mood baik jadi swing. Dapur lepas guna mmg aq jenis bersih kn sebersih bersih nya. Bangun pagi berminyak likat. Pinggan kadang cuci kadang tak. Kita pon ada limit sabar nya, xnak la rasa jadi bibik dekat rumah sendiri. Last aq bia je pinggan dorg.. X rela jadi bibik tambah kerja. Kita ni bukan x bekerja, penat nak rehat.. Nak tambah kerja mmg tak la.. Aq sampai rasa jahat tau doakan ipar kene bende yg sama mcm aq baru dia tahu rasa dia. Adui, x pasal2 jadi jahat kn.

    ReplyDelete
  21. Saya pun nk masuk 3 tahun dduk skali dgn biras dan mertua,mula ii kawin dduk rumah sewa,tapi lama ii pak mertua asyik panggil sruh balik dduk skali,jadi jemu and rimas bila org asyik ulang ii benda sama,then kami pun pindah dduk skali,mula ii mmg smuanya wangi,lama ii busuk jugak,alhamdulillah mertua baik,tapi pak mertua plk bz body,smua benda nk ditanya,p mana,buat apa,beli apa,rimas dibuatnya,mcm kami ni budak kecik,kawin mcm x kawin je,x ada privasi,dhtu bila asyik dduk dlm bilik,diperli melalui anak,pia nk lena dh ka,st g kena kurung la dlm bilik,aku belike,whatt???kurung???dia x faham bahasa,dh bilik tu jaa satu ii nya privasi urk kami anak beranak,takkan nk tayang smua dpn family mertua kot,aku sabar lamaa dh sbb husb jenis pendiam,even dia sulung pun,x mcm sulung,dhtu time aku bersalin haritu,disuruhnya tidur je kt ruang tamu tu,agakla weh,kena menyusu dpn ipar duai,depan mertua,depan tokwan,gila kot,dhla adik ipar smua lelaki,susah tau bila dpt mertua yg kurang agama ni,x faham ttg aurat kita ni as menantu,dhtu smua benda ni disebokkannya,mmg stress and tertekan,belum lagi bab biras,husb dia anak num 2,means laki aku 1,dia 2,aku ni plk muda dari ipar and biras,so diorang mcm x hormat la aku ni,title je kakak sulung,tapi hampehh,laki dia kerja tetap,gaji besar,slalu beli brg rumah,byr elektrik and beli mcm ii lagi,siap hulur duit kt mertua,laki aku kerja grab food je,duit pun cukup mkn jela,dlu aku kerja,tpi lps pregnant terus berhenti sbb aku ssah nk pregnant and tmpt keja tu toxic,takut jadi apa ii kt kandungan aku,then aku jadi surirumah smpai skrg,dlu time menyewa bahagiaaa sngt,x ada siapa ganggu privasi kami laki bini,tapi bila pak mertua paksa dduk skali,ha mulala,biras nmpk mcm aku ni x buat kerja,slalu perli ii klau aku ada,dia ckp kt anak dia,"ecah nnti besar kna tlg maktok tau,kna tlg cuci,tlg kemas,x bole malas ii"aku ni sabarrr ja dgr dia perli tu,pdhl kemas,lipat baju and sidai baju,aku slalu gilir ii dgn mak mertua,aku slalu tlg dia buat kerja rumah,takkan stiap kali buat keja,nk kena report kt biras aku tu,laki aku plk bila pak mertua asyik hulur duit,dia jadi selesa la,sbb mkn mak dia masak,duit lektrik pak mertua and ipar duai yg bayar,so dia x terbeban dgn komitmen,dia dlm comfort zone,brapa kali dh aku bising ajak dduk luar,x nk dduk sni,bnyk busuk dari wanginya,respon dia hmm jer,ni dh masuk tahun ke -3 otw 4 tahun aku sabar and stay skali,bila anak aku dh cukup setahun,mmg aku akan cari kerja and cari rumah sewa,dhla adk ipar aku nk kawin hujung tahun niii,bertambah sorg lagi biras,bayangkan 1 rumah ada 4 permaisuri,doakan la aku dpt rumah sewa and dpt pujuk husb utk dduk asing,aku dh terlalu penat mental dan fizikal.

    ReplyDelete