21 June 2010

Yang Isteri Nak Tapi Payah Nak Dapat

Antara suami dan isteri biasanya banyak percanggahan, sebab lumrahnya lelaki dan wanita memang berbeza. Kat bawah ni perkara yang kebanyakan isteri harapkan daripada suami tapi payah sekali nak dapat, walau pun tak perlu keluar duit.

1. Ingatan pada hari istimewa. Biasanya isteri tak harapkan hadiah, cukup sekadar ucapan ikhlas dari suami pada hari-hari istimewa seperti hari lahir, ulangtahun perkahwinan dan hari ibu. Kalau suami anda dari golongan yang tak suka ambik tau pasal tarikh2 istimewa ni, jangan la pulak jadikan ia isu hingga bermasam muka. Cuba fikir secara positif, suami tak anggap hari2 tersebut sebagai istimewa sebab bagi beliau setiap hari adalah istimewa dan anda di hati beliau setiap hari, bukan hanya pada hari istimewa.

2. Surprise. Ramai wanita sukakan surprise, especially dari insan tersayang. Tak semestinya yang berharga mahal, kejutan kecil dah cukup buat hati wanita bahagia. Tapi jarang sekali lelaki terutamanya yang bergelar suami rajin nak memikirkan surprise untuk wanita kesayangan mereka. Kalau anda nak sangat suami buat surprise untuk anda, rajin2 lah anda dulu buat surprise untuk suami. Mudah-mudahan suami akan terlintas untuk buat surprise untuk anda pulak. Asal jangan surprise yang melukakan hati dah le.....itu lain pulak ceritanya nanti.

3. Bantuan dalam urusan rumahtangga. Tak dinafikan sekarang dah ramai suami yang ringan tulang tolong isteri uruskan rumah, maklum sekarang ramai isteri yang bekerjaya. Tapi kalau suami anda kurang rajin nak tolong anda kat rumah, cukup lah suami faham beliau tak boleh expect rumah tersusun rapi sepertimana sama macam masa anda bergelar suri rumah sepenuh masa.

4. Pendengar yang empati. Selalunya suami dah anggap dirinya seorang pendengar yang baik, iaitu mendengar percakapan isterinya tanpa sedikit pun menyampuk. Tapi lain pulak anggapan isteri....bila suami diam tak bersuara, dirasakan suami sengaja memekakkan telinga. Sebab tu ada orang kata, lelaki mendengar dengan telinga, tetapi wanita mendengar dengan telinga, mulut dan mata. Maknanya bila bercakap, isteri nak suami mengiakan katanya dan memandang wajahnya.

5. Pujian. Bukanlah isteri harapkan pujian melambung dari suami. Kalau masakan isteri kena dengan selera suami, cukuplah suami cakap 'berselera pulak makan hari ni'. Tapi kalau dah memang suami tu tak suka memuji, anggaplah respon positif dari suami tu sebagai pujian dalam diam. Kalau dah suami makan sampai 3 pinggan, maknanya sedap la masakan awak tu.....

6. Sokongan / kata2 semangat. Bila berdepan dengan masalah atau sedang mengusahakan sesuatu yang sukar, isteri sangat berharap suami akan beri sokongan moral dan kata-kata semangat. Tapi lumrahnya lelaki kurang bercakap berbanding wanita, ramai yang lebih suka beri sokongan dalam diam. Mungkin isteri boleh hantarkan sms kepada suami, nyatakan apa bentuk kejayaan yang diharapkan dalam situasi tersebut, dan selalunya suami lebih terbuka untuk luahkan kata2 melalui sms daripada bercakap secara terbuka.

No comments:

Post a Comment