08 May 2010

Anakku Sayang

Semalam Daniel muntah-muntah, badannya panas dan asyik mengadu sakit kepala. Memikirkan sudah 3 hari saya mengambil cuti dan hari ni pula ada mesyuarat yang perlu dihadiri, saya berkira-kira mahu tetap ke pejabat. Bila sebelum tidur keadaan Daniel sudah agak baik, saya berpesan supaya hari ni tak perlu ke sekolah, tapi saya kena ke pejabat. 'Abis tu sape nak jaga abang?' tanya Daniel. 'Tokwan dan makngah kan ada'. Daniel angguk. Sayu pula rasa hati.

Tapi bila menjelang pagi Daniel masih merengek sakit kepala, tak sampai hati pula nak ke pejabat. Sudahnya saya ambil cuti kecemasan. Nasib baik ada staf yang tak keberatan menggantikan saya ke mesyuarat. Walau pun bos membebel sebab ada laporan yang perlu disiapkan, bagi saya anak lebih utama.

Masuk kali ni dah 3x dalam tahun ni saya ambil cuti mengejut sebab anak demam. Banyak kali juga saya tetap ke pejabat walau pun Daniel atau Aliya demam. Memang sejak akhir-akhir ni anak-anak kerap demam, mungkin kerana cuaca yang tak menentu.

Inilah dilema bila bekerja makan gaji.....antara kerjaya dan anak-anak yang mana perlu diutamakan. Tapi bagi saya selagi urusan di pejabat tidak kritikal, anak-anak lebih penting. Tahun lepas semasa saya tinggal di KL manakala suami dan anak-anak di sini, saya ambil cuti kecemasan selama seminggu bila anak-anak muntah-muntah dan taknak makan. Masuk je makanan atau minuman ke dalam perut, semuanya akan dimuntahkan semula. Hibanya hati melihat kedua-dua anak terbaring lesu, muka masing-masing cengkung.

Andai saya bekerja sendiri, akan saya pastikan setiap saat saya akan berada di samping anak-anak bila mereka sakit. Insya allah... Saya mahu jadi ibu terbaik untuk anak-anak... SELAMAT HARI IBU.....

2 comments:

  1. Semoga impian Umi Aliya akan menjadi kenyataan kelak.

    Insya-Allah

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas doa kak mas. skrg ni masih tercari-cari tapak yang sesuai. setiap hari jumpa benda baru kat internet. rasa macam dah ketinggalan lak bila tengok dah ramai yang berjaya. sebelum ni memang jarang online sbb sibuk sangat ngan kerja. tapi xpe, dengan izin Allah takde yang mustahil (motivasi unt diri sendiri..hehehe)

    p/s : saya pun oghe kelate...gembira dpt kenal org senegeri

    ReplyDelete