27 April 2010

HARI YANG TENANG

Semalam adalah hari yang tenang bagi saya. Urusan di pejabat pelanggan berjalan dengan begitu lancar, malah layanan yang diterima juga sangat memuaskan. Pulang ke rumah seperti biasa menguruskan anak-anak yang walau pun sesekali ragam mereka menguji kesabaran seorang ibu, tapi amat membahagiakan.

Sekarang anak-anak dah boleh diharapkan untuk bantu kerja-kerja rumah. Aliya walau pun baru 3 tahun, tapi cukup rajin tolong sidai baju. Daniel pulak sejak 2-3 hari ni rajin tolong angkat pakaian dari ampaian. Terima kasih anak-anak umi sayang....

Semalam saya juga rasa amat gembira sebab saya berjaya meningkatkan kemahiran multimedia saya. Walau pun masih banyak yang perlu dipelajari, tetapi kejayaan kecil tu amat besar maknanya bagi saya.

Saya akan meneruskan kembara perjuangan saya untuk mencapai cita-cita menjadi suri rumah bekerjaya... Insya allah...

26 April 2010

CATATAN DI PAGI YANG CERIA

Hari ni tak sempat nak menulis panjang lebar. Sekejap lagi kena keluar untuk tugasan pejabat. Tak sabar rasanya nak tunggu malam menjelang supaya dapat sambung 'sesi pembelajaran' multimedia. Walau pun rasa susah sangat nak faham, saya bernasib baik kerana suami yang sememangnya orang IT banyak membantu. Thanks a lot untuk suami tersayang...

25 April 2010

RUTIN HARIANKU

Petang semalam saya dan suami tiba di rumah dalam pukul 6 petang. Sampai di rumah terus capai bakul pakaian kotor, kutip pakaian kotor anak-anak dan masukkan dalam mesin basuh. Kemudian jenguk ke dapur, buat apa yang patut.

Kemudian sambil-sambil jenguk mesin basuh yang tengah berputar (saya guna mesin semi auto), sempat gak gosok pakaian kerja saya dan suami untuk esok. Nasib baik anak-anak tak banyak ragam. Menjelang maghrib, semuanya selesai. Lega rasanya...

Sebelah malamnya lepas selesai sidai baju dan 'pantau' daniel buat kerja rumah, saya mula buka laptop, sambung 'sesi pembelajaran' untuk 'projek multimedia' saya. Daniel dan adiknya Aliya seperti biasa menonton cerita animasi kegemaran mereka, Upin dan Ipin.

Menjelang 12 tengah malam, semuanya terlena, ditambah pula kedinginan malam akibat hujan lebat menjadikan tidur kami begitu nyenyak...

Begitu la rutin seharian menjalankan tugas di pejabat, kemudian menguruskan rumah dan anak-anak. Tak sabar rasanya nak bekerja sendiri. Bukan semata-mata nak 'lari' daripada kesibukan rutin harian, tapi yang paling utama nak uruskan sendiri anak-anak. Tahun 2012 daniel dah masuk darjah 1, kalau boleh saya sendiri nak hantar dan jemput dia dari sekolah. Harap sekarang masih belum terlambat untuk saya mengorak langkah...

SEMOGA IMPIANKU AKAN MENJADI KENYATAAN...

Salam perkenalan kepada semua...

Saya baru berjinak-jinak dengan dunia blog ni. Ini sebagai langkah permulaan untuk mencapai impian saya menjadi seorang WAHM (Working At Home Mama).

Buat masa ni saya baru memulakan langkah pertama untuk memulakan bisnes online. Untuk 'projek' pertama ni saya kena pandai guna software multimedia...itu yang tengah pening ni. Rupanya bukan senang nak belajar multimedia ni, tambahan pula saya ni 'berkecimpung' dalam bidang perakaunan...memang jauh benar bezanya.

Saya target untuk launch 'projek' pertama saya hujung tahun ni. ada masa 8 bulan lagi. Hari ni rasa macam dah putus asa...tapi bila bayangkan indahnya bergelar seorang WAHM, saya kuatkan semangat dan minta petunjuk daripadaNya.

Saya mengalu-alukan teman-teman yang 'seiring sejalan' dengan saya, sama ada telah atau pun dalam 'perjuangan' untuk menjadi seorang WAHM, agar kita dapat berkongsi idea dan pengalaman.

Semoga impian kita akan jadi kenyataan...